Lately ni sibuk melayan korean drama ni kat Maaduu.com..besh gile leh tengok kat internet..so takyah la nak berabis duit beli banyak2 CD buat koleksi..plus tak perlu lagik nak tunggu depan tv on time..ehh kat tv pun aku still tunggu gak, tapi cite lain laa..heheheh..kat tv tu tv la kann..selalu gak miss beberapa episod sebab berebut channel ngn Mr.Bie atau anak2..kang sorang nk tengok bola, sorang lagik nak tengok katun..haishh!!kat internet aku layan jugakk..tapi tengok pada kelapangan laa..sambil2 nak lipat kain ke iron baju ke aku layan laa..2 kerja sekali jalan..ala2 supermak gitu kan??
tapi ko jangan tanya kat aku sape nama sebenar pelakon2 di atas tu ye..memang sepatah haram aku tak kenal dorang..lagikpun aku bukanlahh peminat tegar pelakon2 korea nih..takat layan drama bole laa..sedangkan nama pelakon mesia pun aku tatau sangat..ini kan pulak drama korea..owh mayb korang leh tanya kat besfen aku yg kat Rome tuh..dia memaaannggg die hard fan pelakon/penyanyi korea nih..
opsss..cite punye cite lupe plak nak bagitau tajuk cite nih kan..Cloud Stairs yee kengkawan..tapi aku rasa aku ni dah ketinggalan ketapi nih..sebab aku nengok cite nih macam cite lama..ahh belasah je lahh..syok gak layan..
Jom layan ape cite di sebalik drama Cloud Stairs nih..
Choi Jung Soo (Shin Don Wook) telah ditinggalkan di rumah anak yatim oleh bapanya selepas bapanya tidak mampu menjaganya setelah ibunya meninggalkan mereka untuk bersama lelaki lain. Dia mempunyai masa hadapan yang cerah dalam bidang perubatan tetapi tidak mampu untuk menampung yuran pengajian..dalam pada itu, dia membawa dirinya ke sebuah pulau yang merupakan tempat kelahiran ayahnya..
Di sebuah pulau kecil ia belajar tentang ilmu kedoktoran bersama seorang doktor tua yang berpengalaman. Selama tujuh tahun Jung Soo berada di pulau tersebut untuk mengasah kemahirannya sebagai doktor sehingga menjadi baik dan sempurna.
Meski memiliki kemampuan sebagai seorang doktor tapi Jung Soo menyedari dia bukanlah dokter yang mampu menyembuhkan pesakitnya. Apa yang dikerjakannya selama ini pun tidak lebih dari sekadar membantu gurunya yang merupakan doktor di sebuah klinik kecil.
Hidupnya menjadi lebih rumit apabila dia berjaya menyelamatkan Yoon Jung Won yang mengalami apendiks sementara sang guru sedang berada di luar pulau. Pesakit tersebut adalah Yoon Jung Won, anak perempuan dari seorang pemilik hospital elit di Seoul yang sedang berkunjung ke pulau untuk suatu urusan. Jung Won yang menduga Jung Soo adalah seorang doktor asli/rasmi memohon untuk dilakukan pembedahan ke atasnya.
Atas dasar kemanusiaan Jung Soo pun melanggar hukum dengan melakukan praktikal pembedahan. Dengan kemampuan yang dimilikinya, pembedahan yang dilakukan oleh Jung Soo berjaya dijalankan. Selanjutnya hubungan Jung Soo dan Jung Woo pun berkembang lebih dari sekadar doktor-pesakit. Tetapi Jung Woo sudah memiliki tunangan seorang doktor dan akan berkahwin. Jung Soo pasti cinta bole memberikannya kebahagiaan tetapi bertukar menjadi racun. Dia hilang dunianya kecuali cinta dari perempuan yang masih berdiri di sebelahnya walau apa pun berlaku.
sekian review drama korea dari aku..





1 comments:
wah..mcm best je review citer dia...tajuk citer ni buat ayu teringt kat citer korea yang tajuk dia 'stairways to heaven'..same2 ade stairs la kirenye,huhu
Post a Comment